Profil Firma

LATAR BELAKANG FIRMA


Najmi & Associates mula beroperasi pada tahun 2000 sehingga kini. Firma ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat pada 13hb Oktober 2000 dengan No. Pendaftaran Syarikat 001266040 T. Ia ditubuhkan oleh pemilik tunggal iaitu Tuan Hairunnajmi Bin Najmuddin. Firma ini adalah sebuah firma guaman syarie dan juga perunding kekeluargaan Islam yang sentiasa memberikan sumbangan kepada perkembangan pembangunan sosial dan institusi kekeluargaan.


OBJEKTIF PENUBUHAN FIRMA


  • Mendidik masyarakat supaya memahami hak mereka di sisi hukum syara' dan undang-undang bagi mengelak penganiayaan.
  • Membantu institusi perundangan dan membantu memartabatkan Mahkamah Syariah supaya diyakini masyarakat sebagai Mahkamah keadilan bagi umat Islam.
  • Membantu membina satu sistem perundangan yang mantap dan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah.
  • Membantu mengukuhkan suatu institusi kekeluargaan dengan pengkajian berterusan atas sebab-sebab keruntuhan rumahtangga dan cara mengatasinya.
  • Membantu agensi atau institusi Islam di dalam menegakkan keadilan.
  • Membantu golongan teraniaya mendapatkan haknya di sisi hukum syara' dan undang-undang serta mengelakkan sebarang pengambilan hak orang lain tanpa mengikut lunas hukum dan undang-undang.
  • Membantu mengurangkan akibat-akibat daripada perceraian orang Islam terutama golongan lemah dan mudah teraniaya seperti anak-anak.
  • Membantu melancarkan proses perbicaraan di Mahkamah bagi mengelak bertambahnya kes-kes tertunggak di Mahkamah.

VISI


BERKHIDMAT      
Kami akan berkhidmat dengan jujur cekap dan amanah dalam mengendalikan kes-kes pelanggan.

MEMBANTU          
Perkhidmatan kami diberi atas dasar membantu pelanggan menyelesaikan masalah pertikaian di Mahkamah dan bukan bertujuan mengaut keuntungan semata-mata.

BERAMAL            
Perkhidmatan yang diberikan berdasarkan prinsip Hukum Syara' dan undang-undang supaya usaha-usaha yang dibuat diberkati Allah dan mendapat pahala serta mengelakkan penganiayaan kepada pelanggan atau mana-mana pihak.



MISI


Firma bagi berwibawa dalam memperjuangkan hak dan keadilan kepada orang-orang yang berhak berdasarkan Hukum Syarak dan Undang-Undang.


CARTA ORGANISASI FIRMA