Apa itu HIBAH??


HIBAH

Ada dua jenis hibah iaitu Hibah biasa dan Deklarasi Hibah.



i) Hibah biasa
    - Melibatkan pertukaran hak milik secara terus. 
    - Pemilikan telah berpindah kepada benefisiari.

ii) Deklarasi Hibah
    - Juga dikenali sebagai Pri-Hibah@Pra-Hibah
    - Pemindahan nama akan berlaku pada masa yang di tetapkan. 
    - Melibatkan satu dokumen akad yang memberikan pemilikan kepada benefisiari.


Hibah seperti cerita di atas adalah jatuh kepada kategori Deklarasi Hibah(saya lebih senang memanggilnya Pri-Hibah). Pri-Hibah ialah satu dokumen perundangan bagi membahagi harta semasa ibu-bapa hidup tetapi pindah milik harta kepada pewaris akan berkuatkuasa selepas ibu-bapa meninggal dunia. Dengan kata lain, pri-hibah ialah pemberian bersyarat kepada pewaris. Selagi ibu-bapa masih hidup, pindah milik tidak akan berlaku kepada anak-anak. Sekiranya ibu-bapa meninggal dunia,  



CIRI-CIRI DEKLERASI HIBAH :

• Berkuatkuasa serta merta selepas deklarasi dibuat 
• Hanya pemberian daripada ibu/bapa kepada anak boleh dibatalkan.
• Pemberian kepada selain daripada anak-anak tidak boleh dibatalkan 
• Tidak tertakluk kepada hukum Faraid akan tetapi mengikut terma di dalam Deklarasi           Hibah 
• Harta hibah terkeluar dari undang–undang pembahagian faraid. Ia boleh digunakan sebagai instrument untuk membuat pembahagian sama-rata untuk anak-anak.



MENARIK BALIK HIBAH


Seseorang tidak dibenarkan untuk menarik balik hibah apabila hibah telah diterima oleh penerima hibah.
Walaubagaimanapun, ibu bapa dan ke atas mempunyai hak untuk menarik balik apa yang telah diberikan kepada anak cucu ke bawah. 

Dalil:

Daripada Ibn Abbas dan Ibn Umar r.a, sabda Rasulullah s.a.w: 
“Tidak dibenarkan bagi seseorang yang telah memberikan sesuatu pemberian kemudian   menarik kembali pemberian tersebut melainkan ibu bapa yang memberikan kepada anaknya. Misal bagi orang yang menarik kembali pemberiannya adalah seperti seekor anjing yang makan sesuatu, dan kemudian apabila ia lapar, ia memuntahkan kembali makanan tersebut lalu memakannnya semula.”
(H.R Abu Dawud dan Al-Nasa’iy dan Ibn Majah)


Hukum Penarikan Balik atau Pembatalan Hibah


Apabila sempurna sesuatu akad hibah dengan memenuhi rukun dan syaratnya serta berlaku penyerahan dan penerimaan barang (al-qabd), maka harta itu menjadi milik penerima hibah sekalipun tanpa balasan (‘iwad). Namun demikian, adakah hibah berkenaan boleh ditarik balik selepas itu menjadi perselisihan di kalangan fuqaha’ seperti berikut:


(i) Menurut pendapat mazhab Hanafi, pemberi hibah boleh tetapi makruh menarik balik hibah yang telah diberikan dan dia boleh memfasakhkan hibah tersebut walaupun telah berlaku penyerahan (qabd), kecuali jika hibah itu dibuat dengan balasan (‘iwad).

(ii) Menurut pendapat mazhab Syafie, Hanbali dan sebahagian fuqaha’ mazhab Maliki
     penarikan balik hibah boleh berlaku dengan semata-mata ijab dan qabul. Tetapi
     apabila disertakan dengan peyerahan dan penerimaan barang (al-qabd) maka hibah
     berkenaan tidak boleh ditarik balik kecuali hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk
     juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya selama mana harta
     itu tidak ada kaitan dengan orang lain.

(iii) Menurut pendapat Imam Ahmad dan mazhab Zahiri, pemberi hibah tidak boleh
     (haram) menarik balik hibah yang telah dibuat kecuali hibah bapa (termasuk juga
     ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya. Ini adalah berdasarkan
     kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Orang yang menarik balik hibahnya sama seperti anjing yang memakan balik muntahnya...” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Secara umumnya, para fuqaha’ bersetuju mengenai keharusan pembatalan hibah sekiranya ia dilakukan secara redha meredhai antara pemberi dan penerima hibah atau melalui keputusan hakim. Sungguhpun Islam membenarkan penarikan balik hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk
juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya, tetapi ia terikat dengan syarat bahawa harta tersebut masih lagi di dalam pemilikan anaknya (cucunya). Sekiranya harta itu terkeluar dari kekuasaan dan pemilikan anaknya (cucunya) seperti telah dijual, diwakaf atau dihibah kepada orang lain dan harta itu telah diterima oleh penerima hibah (orang lain), maka hibah berkenaan tidak boleh ditarik balik lagi.


Penerimaan Barang (al-Qabd) dalam Hibah


Istilah al-qabd (penerimaan barang) bermaksud mendapat sesuatu, menguasainya dan boleh melakukan tasarruf terhadap barang atau harta tersebut. Mengikut mazhab Hanbali dan Maliki, penerimaan barang tidak disyaratkan dalam sesuatu hibah, malah memadai dengan akad semata-mata. Ini bererti apabila berlaku kematian salah seorang atau salah satu pihak sama ada pemberi hibah atau penerima hibah sebelum penyerahan barang, maka hibah itu tidak terbatal. Sebaliknya, mengikut Abu Hanifah dan Syafie, penerimaan barang merupakan salah satu dari syarat sah hibah. Oleh itu, apabila berlaku kematian salah satu dari dua pihak sebelum penyerahan barang, maka hibah itu terbatal.

Dalam mazhab Syafie, al-qabd merupakan syarat luzum, ertinya akad hibah tidak sempurna dan tidak berkuat kuasa dengan ijab dan qabul semata-mata, kecuali selepas al-qabd. Sekiranya al-qabd tidak berlaku maka akad hibah merupakan akad yang tidak mengikat. Oleh itu, pemberi hibah berhak menarik balik hibah tersebut selama mana harta berkenaan berada dalam pemilikannya. Bagi mempastikan akad hibah itu sempurna dan menjadi satu akad yang mengikat, al-qabd tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

-Mendapat kebenaran dan keizinan pemberi hibah secara sarih.

-Harta yang dihibah tidak bercampur dengan harta lain.

-Penerima hibah berkeahlian iaitu baligh dan berakal. Bagi kanak-kanak dan orang gila (atau tidak berkeahlian) maka walinya atau pemegang amanah boleh menerima harta hibah bagi pihaknya.



Cara penerimaan barang (al-qabd) adalah berbeza-beza mengikut jenis harta sama ada harta tak alih atau harta alih. Bagi harta tak alih, al-qabd boleh berlaku dengan cara mengosongkan harta itu, menguasainya dan melakukan tasarruf terhadap harta tersebut seperti menyerah kunci dan seumpamanya. Manakala bagi harta alih pula, al-qabd boleh berlaku dengan cara mengambil harta itu, memindah atau mengasingkan harta tersebut dengan harta-harta lain.

No comments: